the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM tidak terima maklumat Jho Low di Myanmar – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata setakat ini pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam Polis ASEAN (ASEANAPOL).

“Apa juga maklumat yang ada, kita akan kongsi termasuk dengan ASEANAPOL. Buat masa ini kita tiada apa-apa maklumat dan Myanmar juga tidak memberi sebarang makluman.

“Kita juga mempunyai kerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan ASEANAPOL, malah baru-baru ini saya juga telah menghadiri perhimpunan agung INTERPOL di Glasgow, Scotland selama seminggu. Apa juga maklumat yang kita ada kita akan kongsi termasuk dengan Myanmar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) 2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Majlis itu menghimpunkan sejumlah 1,747 pelatih PLAK Inspektor, Sarjan dan Konstabel daripada empat PULAPOL iaitu Kuala Lumpur, Dungun, Terengganu, Bukit Sentosa, Selangor dan Segamat, Johor.

Sebelum ini, media melaporkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga peguam kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mendakwa Jho Low kini bersembunyi di Myanmar.

Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk lebih proaktif memastikan warga PDRM sentiasa mengamalkan integriti dan tatakelola yang lebih baik.

Beliau berkata ia termasuk menggunakan dron bagi memantau pergerakan warga PDRM terutama ketika waktu pejabat dan pelaksanaan Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam kepada penyelia yang gagal menyelia dengan baik.

“Dulu ada kes (salah laku) baru kita siasat, sekarang tidak lagi kerana JIPS akan lebih proaktif. Siasatan dilakukan kepada pegawai yang keluar waktu pejabat, bermain golf dan sebagainya.

“Kita juga akan menangkap pegawai yang terlibat salah laku, pergi karaoke, berfoya-foya serta berbelanja lebih kemampuan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings