the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

433 mangsa banjir masih berlindung di sembilan PPS di empat negeri

KUALA LUMPUR: Seramai 433 mangsa banjir masih berlindung di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Di Terengganu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan keadaan banjir semakin pulih apabila jumlah mangsa di daerah Kemaman berkurang daripada 91 orang semalam kepada kepada 80 orang pagi ini di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Kertih dan Balai Raya Padang Kemunting.

Sementara itu di Perak, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 220 orang di dua PPS di daerah Perak Tengah dan Manjung.

Kenyataan itu memaklumkan 34 orang berlindung di PPS SK Teluk Kepayang di daerah Perak Tengah manakala 186 orang lagi di SK Beruas di daerah Manjung.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan A18 Jalan Bota Kiri-Teluk Sena di daerah Perak Tengah dan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air.

Jumlah mangsa banjir di Segamat, Johor pula kekal 85 orang di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Kampung Tasek.

Pengerusi JPBN Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata tiga sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Kampung Awat dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat serta satu lagi adalah Sungai Paya Dato’, Mersing.

“Daerah Muar, Mersing, Pontian, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai dilaporkan mendung, manakala Johor Bahru, Segamat, Kluang dan Tangkak adalah cerah,” katanya dalam satu kenyataan.

Di Pahang, mangsa banjir pagi ini meningkat kepada 48 orang berbanding 32 orang malam tadi dan mereka ditempatkan di empat PPS.

Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 47 orang berada di tiga PPS di Bera manakala seorang lagi di satu PPS di Temerloh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings