the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior, pijak perut dengan ‘spike boot’

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya dengan cara memijak perut mangsa dengan spike boot, bulan lepas.

Mohd Adil Mat Awang Ghani, 22, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq Iqbal Ahmad Rashidi, 19, apabila memijak perut mangsa semasa berada di padang kawad akademi berkenaan di UPNM, Kem Sungai Besi, Cheras di sini pada 10.45 malam, 21 Okt.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Mohd Adil menjawab: “Faham puan, tidak (mengaku salah) puan”.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mendekati pengadu, mangsa dan saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai dan jurulatih UPNM serta rakan pelatih kadet tertuduh.

Bagaimanapun peguam Nurul Diyana Basher dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya sudah tamat belajar, namun masih lagi menjalani latihan ketenteraan.

“Pihak kami (pembelaan) tidak membantah syarat tambahan yang dikemukakan pendakwaan, bagaimanapun syarat ketat akan memberi kesan kepada anak guam saya sepanjang tempoh latihan,” kata peguam itu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 10 Feb depan untuk serahan dokumen.

Prosiding hari ini turut dihadiri ahli keluarga tertuduh.

Terdahulu tertuduh yang memakai kemeja putih lengan panjang dan berjaket hitam tiba di mahkamah pada 9.20 pagi diiringi beberapa anggota polis.

Pada 10 Nov lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings