the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar jamin terus bantu keluarga Paramesvaree

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membantu keluarga Paramesvaree dari Klang, Selangor yang berdepan kesusahan hidup selain diuji masalah kesihatan.

Jaminan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi wanita itu, yang terlantar kerana komplikasi perubatan sehingga kakinya terpaksa dipotong manakala suaminya pula menghidap penyakit jantung.

“Justeru, beberapa bantuan telah disalurkan dan akan ditambah bagi meringankan beban dihadapi memandangkan keluarga ini tinggal di bilik kecil, tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara kehidupan selain mempunyai seorang anak yang masih bersekolah,“ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar juga berharap keluarga itu tabah menghadapi ujian dan agar bantuan yang disalurkan membawa sinar cahaya serta kegembiraan kepada mereka dalam menyambut Deepavali.

Beliau berkata perayaan Deepavali, yang disambut penganut agama Hindu semalam, tidak lengkap jika tidak diraikan dengan membantu mereka yang memerlukan dan yang ditimpa kesusahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings