the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat Kelantan dinasihat jaga keselamatan ketika di selatan Thailand – Polis

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata berdasarkan daftar keluar dan masuk di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan iaitu Kompleks ICQS Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga menunjukkan peningkatan pengunjung ke selatan Thailand sejak semalam.

“Semua rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Kelantan yang merancang berkunjung ke selatan Thailand sempena cuti Deepavali dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sejak awal Oktober lepas sebanyak 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Mohd Yusoff turut mengingatkan pengunjung supaya menggunakan pintu keluar masuk yang sah supaya pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bertindak sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Elak menggunakan laluan yang tidak sah seperti laluan tikus, pangkalan haram dan sebagainya.

“Bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri, diminta supaya patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang berkuat kuasa di kedua-dua negara,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings