the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pertukaran cuti hujung minggu dibuat atas pertimbangan, kehendak rakyat – Tunku Mahkota Ismail

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah pertukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad dibuat atas pertimbangan dan kehendak rakyat di negeri itu untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

Tunku Mahkota Ismail bertitah ia juga memberi kesan ekonomi yang positif seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang akan memberi manfaat sekali gus membawa keuntungan kepada negeri dan rakyat.

“Dengan izin dan restu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Baginda bertitah jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi serta hendak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu.

Pada 7 Okt lepas, Tunku Mahkota Ismail bertitah cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan tahun depan.

Pada 1 Jan 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan lbrahim.

Negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Terengganu, Kelantan dan Kedah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings