the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga wanita mengaku tidak salah bunuh rakan kongsi perniagaan

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya pada November tahun lepas.

Nooraini Remali, 36, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Noorzihan Abd Karim yang ketika itu berusia 65 tahun di hadapan Pos Pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, Kuala Berang antara 3.20 pagi hingga 4 pagi, 1 Nov 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 17 Nov ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Che Mohd Azmi Che Hamat.

Pada 15 Nov 2023, Nooraini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan berkenaan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan maut di dalam longkang dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings