the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perbahasan RUU Perbekalan 2025 tumpuan minggu kedua sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025 menjadi tumpuan utama pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat kali ini dengan pelbagai topik dan isu dibangkitkan wakil rakyat.

Seramai 75 Ahli Parlimen daripada blok penyokong kerajaan, pembangkang dan Bebas selesai berbahas dengan masing-masing membangkitkan persoalan, mencari penyelesaian tuntas dan mencadangkan inisiatif baharu demi memastikan segala inisiatif dalam Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas memanfaatkan rakyat dan negara.

Ketua Pembangkang Datuk Hamzah Zainuddin (PN-Larut) membuka tirai hari pertama sesi perbahasan dengan memberikan maklum balas positif terhadap beberapa inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan terbesar dalam sejarah itu yang memperuntukkan RM421 bilion.

Antaranya cadangan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 dan memberikan bantuan kepada peniaga yang akan menggunakan e-Invois dalam transaksi perniagaan masing-masing bermula Februari dan 1 Julai tahun depan.

Dalam sesi perbahasan yang kebanyakannya berlarutan hingga 8 malam, rata-rata wakil rakyat juga membangkitkan mengenai isu seperti perang terhadap gula, pelaksanaan gaji minimum, serta subsidi bersasar bagi golongan tertinggi T15.

Berhubung isu gaji minimum, majoriti Ahli Parlimen yang membangkitkan perkara itu menyokong usaha kerajaan namun turut menzahirkan kebimbangan langkah tersebut mungkin membebankan majikan selain mencetuskan kesan rantaian kos sara hidup seperti peningkatan harga barang atau caj perkhidmatan.

Hal ini dapat dilihat apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berpendapat kenaikan gaji minimum mestilah disokong dengan dasar serta tindakan kawalan harga yang jelas dan tindakan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu diperkasa bagi mengelakkan kenaikan tidak wajar.

Beberapa Ahli Parlimen antaranya Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau), Wong Shu Qi (PH-Kluang) dan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) pula menyatakan sokongan terhadap langkah kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa sebanyak 40 sen seliter mulai 1 Jan tahun depan.

Isu takrifan sebenar golongan T15 turut disentuh kebanyakan wakil rakyat antaranya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang mahu pengelasan sebenar diumumkan bagi menghentikan kebimbangan sebahagian rakyat yang ingin tahu sama ada mereka tergolong dalam kumpulan itu.

Menerusi sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan kerajaan untuk menamatkan kemiskinan tegar adalah tanpa mengira kaum dengan semua warganegara yang memerlukan bantuan akan disokong tanpa diskriminasi.

Turut disentuh Perdana Menteri ialah keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan termasuk syarikat berhad menurut jaminan (CLBG) bagi menangani pertindihan fungsi dalam badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Walaupun perjalanan persidangan berjalan lancar dan tenang, pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul melarang Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.

Corat-coret persidangan minggu ini juga menyaksikan beberapa Ahli Parlimen ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor antaranya Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang menjawab panggilan telefon ketika persidangan sedang berlangsung pada Rabu.

Semalam, Ramli turut bertindak menghentikan sementara sesi jawab lisan gara-gara dua Ahli Parlimen dilihat berbual ketika Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Munni Sabu sedang menjawab soalan mengenai program MyKiosk@KPKT yang dikemukakan.

Berdasarkan takwim menerusi laman rasmi Parlimen, Rang Undang-undang Perbekalan 2025 itu akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula 21 Okt lepas sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 Nov.

Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 Nov untuk diluluskan Dewan Rakyat.

Mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings