the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki 44 tahun, remaja bawah umur ditahan berhubung penemuan bayi dalam besen sampah

SIBU: Polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berhubung kes penemuan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di dalam besen sampah di depan sebuah premis perniagaan di Jalan Tong Sang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata pihaknya berjaya menyelesaikan kes tersebut berikutan penahanan kedua-dua suspek.

Katanya permohonan reman terhadap mereka yang merupakan warga tempatan dijadualkan akan dilakukan esok.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk membuang bayi tersebut. Seksyen ini membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu tular di media sosial berkenaan penemuan bayi lelaki cukup sifat yang masih hidup dan sihat dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam di dalam besen sampah di kawasan lot kedai di Jalan Tong Sang oleh orang awam sekitar pukul 8 pagi.

Zulkipli mengesahkan pusat kawalan daerah Sibu telah menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki pada 8.30 pagi yang memaklumkan penemuan bayi berkenaan ketika melalui kawasan tersebut.

Kqatanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Pemeriksaan oleh doktor kecemasan mendapati bayi itu dilahirkankeadaan normal dan tiada kesan kecederaan pada tubuh badannya dan dia berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail di talian 014-9067909 atau 084-364737 bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings