the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gagal baiki kenderaan pelanggan sebagaimana perjanjian, mekanik didenda RM5,000

IPOH: Seorang mekanik bengkel kereta didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah gagal membayar tuntutan seorang pengguna yang mendakwa mekanik itu tidak menyiapkan pembaikan kenderaan sebagaimana dijanjikan dua tahun lepas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam kenyataan memaklumkan Muhamad Zamzam Mohd Razali, 28, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan setelah gagal menyerahkan jumlah tuntutan sebanyak RM6,750 kepada pengadu dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan.

Terdahulu, satu award telah dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Negeri Perak iaitu Muhamad Zamzam telah diperintahkan membayar jumlah tuntutan berkenaan kepada pengadu.

“Penentang (Muhamad Zamzam) telah gagal mematuhi award yang telah diperintahkan dan pada 1 Dis 2022, penentang telah dituduh di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu ketidakpatuhan award borang 8 oleh penentang selepas tempoh 14 hari.

“Pada masa itu, penentang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan dan mohon untuk dibicarakan,” kata kenyataan itu.

Justeru, mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan yang munasabah dan telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan jika gagal membayar akan dipenjara selama lima bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KPDN Perak Muhammad Ridzuan Abd Rahim.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings