the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki mengaku salah miliki parang di tempat awam dihukum penjara lima tahun

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara 12 bulan kerana merosakkan motosikal milik ayahnya pada awal Sept, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki parang di tempat awam.

Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman itu selepas Tuan Abd Aziz Tuan Abidin, 37, mengaku memiliki sebilah parang berukuran lebih kurang 52 sentimeter panjang di sebuah rumah di Jalan Wakaf Stan, Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, di sini pada 12.30 tengah malam, 3 Sept.

Pendakwaan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mengikut fakta kes, pada 3 Sept Tuan Abd Aziz didakwa mengamuk sambil memegang sebilah parang dan melibas senjata itu ke arah kakaknya dan adik ipar kakaknya di sebuah rumah di Jalan Wakaf Stan, Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, kira-kira 12.30 tengah malam.

Dalam kejadian itu, Tuan Abd Aziz turut merosakan motosikal milik ayahnya dan telah disabitkan dengan kesalahan itu di Mahkamah Majistret serta dikenakan hukuman penjara 12 bulan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings