the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kadar inflasi terkawal penting untuk pertumbuhan ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi yang terkawal pada 2.0 hingga 3.0 peratus amat penting bagi ekonomi negara untuk terus berkembang kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib hari ini.

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kerajaan akan terus memantau dan memastikan harga keperluan asas berada dalam keadaan stabil dan akan terus disubsidi jika perlu.

“Dari segi pelaksanaan, kita akan sentiasa pastikan bahawa kepentingan rakyat akan diutamakan,“ tambahnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai tindakan kerajaan melalui Kementerian Ekonomi untuk mengawal kadar inflasi negara.

Kadar inflasi pada bulan Ogos 2024 negara terus menyederhana, iaitu pada kadar 1.9 peratus dan kekal di bawah 2.0 peratus sejak Julai 2023.

Secara dasarnya, Hanifah berkata penyederhanaan kadar inflasi bukan bermaksud penurunan paras harga tetapi merujuk juga kepada peningkatan harga barangan pada kadar yang lebih perlahan.

Terdahulu, beliau berkata ketegangan geopolitik yang berterusan pada peringkat global serta prospek pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang semakin baik pada tahun 2025 dijangka akan memberi tekanan terhadap kedudukan inflasi negara.

Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat inflasi, katanya.

Usaha jangka pendek yang telah dikenal pasti termasuk program bantuan tunai kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Sara Hidup yang akan diteruskan dengan peruntukan lebih tinggi pada tahun 2025.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings