the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes bekas banduan miliki bahan berkaitan Daesh dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan untuk memindahkan kes seorang bekas banduan yang didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Zulkifli Abllah membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim mengemukakan permohonan itu, yang tidak dibantah oleh tertuduh Nik Mohd Shalahuddin Zakaria, 40, pada prosiding sebutan hari ini.

Pada prosiding itu, Nik Mohd Shalahuddin tidak diwakili peguam.

Pada 21 Julai lepas, bekas banduan itu didakwa atas dua pertuduhan memiliki 1,020 keping gambar, 26 video, 321 artikel dalam bentuk PDF dalam sebuah telefon bimbit serta 378 keping gambar, 36 video, 244 artikel dalam bentuk PDF dalam sebuah lagi telefon bimbit, yang merupakan barang yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kota Jembal di sini pada 9.15 pagi, 10 Jun lepas dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

Selain itu dia juga didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama Ahmad Saif Al-Islam Il, yang dikesan pada 10.15 malam di lbu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, pada 10 Jun lepas.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut perenggan 130J(1)(a) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 40 tahun atau dengan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan terakhir Nik Mohd Shalahuddin didakwa telah mengaku keahlian kumpulan IS dengan cara melakukan upacara baiah dengan Abu Hafs Al Hashimi Al-Qurashi iaitu pemimpin IS sebagai khalifah untuk memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS di Kota Jembal, di sini, pada 10 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut perenggan 130J(1)(a) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 40 tahun atau dengan denda jika disabitkan bersalah.

Sebelum ini Nik Mohd Shalahuddin pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun bermula 2018 di bawah Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings