the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Kelantan tahan 25 pendatang tanpa izin dalam Ops Serkap

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran dalam Ops Serkap di sekitar Lembah Sireh.

Operasi yang bermula kira-kira 7 pagi semalam menyaksikan serbuan ke atas kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin.

Pengarah Imigresen Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan mengesahkan seramai 24 warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan.

Beliau berkata pasukan operasi berjaya memintas sebuah kereta persendirian yang digunakan untuk membawa masuk 10 warga asing secara haram.

Pemandu kenderaan jenis Proton Persona itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Mohamed Yusoff Khan menyatakan pemandu tersebut dipercayai bertindak sebagai ejen pengangkut atau tali barut sindiket penyeludupan migran.

Dalam pemeriksaan berasingan di Terminal Bas Lembah Sireh, pihak berkuasa menahan 14 lagi warga asing pelbagai kewarganegaraan.

Mereka dipercayai baharu tiba atau sedang menunggu untuk dipindahkan ke lokasi lain.

Kesemua tahanan kini ditempatkan di Kompleks Imigresen Kelantan untuk siasatan lanjut.

Siasatan akan dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63 terhadap semua individu yang ditahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings