the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taufan Kristine: Helikopter TUDM mula hantar bantuan ke Bicol, Filipina

LABUAN: Sebuah helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan telah digerakkan bagi menghantar barangan keperluan pada hari pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke kawasan terjejas di Filipina.

TUDM dalam kenyataan kepada Bernama malam ini memaklumkan misi itu membabitkan penerbangan pergi balik dari Pangkalan Udara Villamor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol dengan membawa tiga unit bot angin beserta enjin sangkut dan sepuluh kotak peralatan menyelamat.

Menurut TUDM, semua barangan yang dihantar adalah untuk kegunaan di kawasan pedalaman dan sekitar bandar Legazpi di Bicol yang terjejas teruk akibat dilanda Taufan Kristine (Trami).

Penerbangan itu dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri dengan dibantu dua kru dan tiga juruteknik pesawat.

Turut serta dalam misi HADR itu Tentera Udara Filipina (PAF) dan Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

TUDM akan menyambung misi HADR itu hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings