the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2025: Warga pendidik mahu pendidikan digital diperkukuh, infrastruktur berkualiti

KUALA LUMPUR: Pengukuhan pendidikan digital yang diperkenalkan menerusi Dasar Pendidikan Digital oleh Kementerian Pendidikan (KPM) antara harapan warga pendidik pada Belanjawan 2025.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata sistem tersebut menjadi teras utama dalam pendidikan di Malaysia memandangkan terdapat keperluan bagi penyediaan infrastruktur berkualiti.

“Kita mengharapkan ia bukan sahaja berlaku di sebahagian sekolah tetapi keseluruhan sekolah di negara ini menerusi peruntukan besar dalam penyediaan seperti infrastruktur, Internet, akses, gajet dan latihan guru.

“Kita juga berharap agar tumpuan diberikan kepada kemudahan asas di sekolah. Kita sudah mula dengan tandas sekolah bagi keselesaan murid dan diharapkan selepas ini pejabat atau bilik guru turut mendapat tumpuan,“ katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Anuar berharap peruntukan ditambah dan disalurkan kepada kumpulan sasar khususnya pelajar miskin seperti bantuan persekolahan bagi membolehkan semua pelajar berpeluang mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Beliau berkata ini termasuk Bantuan Awal Persekolahan, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan biasiswa kepada golongan berkenaan yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Kita berhalangan untuk membina pendidikan berkualiti jika golongan tersebut tidak mendapat pendidikan yang baik. Masalah jurang antara yang kaya dan miskin akan mencetuskan masalah yang besar kepada sistem pendidikan kita,“ katanya.

Belanjawan 2025 yang bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt ini.

Sementara itu, aktivis pendidikan Mak Chee Kin menyarankan peruntukan secara terus diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk pembaikan, penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti sekolah berasaskan keperluan.

Beliau berkata ini kerana sesetengah sekolah dalam keadaan uzur tetapi prosedur yang ada memerlukan sekolah memohon bantuan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyebabkan proses kelulusan peruntukan mengambil masa lebih lama.

“Prosedur biasa menghendaki sekolah memohon bantuan daripada PPD atau JPN. Jika bernasib baik, sekolah akan mendapatkannya dalam masa setahun atau lebih lama. Dalam sesetengah kes hingga pengetua yang memohon (peruntukan) itu bersara, terutama jika jumlahnya besar.

“Oleh itu, kita perlu kurangkan birokrasi dan membenarkan sekolah atau PIBG memohon terus daripada KPM. Kelulusan juga harus diberi secara terus bukan melalui JPN. Secara terbuka ini akan lebih menjimatkan untuk sekolah dan PIBG berurusan terus dengan kontraktor,“ katanya.

Sementara itu, guru Roziani Mohamad Yusoff, 31, berharap Belanjawan 2025 mementingkan keperluan murid selain dapat memberikan manfaat lebih baik dalam meningkatkan kesejahteraan guru.

Antaranya, beliau berharap bantuan dapat dipertimbangkan dalam penyediaan alatan bantuan mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam situasi lebih kondusif serta menarik.

“Sebagai pendidik, saya mengharapkan kerajaan turut memberi perhatian kepada infrastruktur dan kemudahan di tempat kerja yang mencukupi serta lebih baik terutamanya di kawasan luar bandar,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings