the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual LIGA – MFL

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan kenyataan Perak FC yang memaklumkan pasukan itu tidak diberi ruang untuk berbincang mengenai keputusan menangguhkan perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam Sabtu (5 Okt).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Giorgio Pompili Rossi menerusi kenyataan memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.

“Berdasarkan laporan awal Komisioner Perlawanan, penangguhan aksi yang dijadual pada 8.15 malam itu dibuat mengikut Peraturan 2.8.1 Perlawanan Yang Dihentikan berikutan hujan lebat hingga menyebabkan padang tidak sesuai untuk digunakan.

“Komisioner Perlawanan telah mengikut proses yang ditetapkan iaitu perlawanan tidak boleh dimulakan lagi dan kedua-dua kelab hendaklah menunggu perlawanan untuk dimainkan semula dalam masa maksimum 60 minit (30 minit pertama dan 30 minit kedua) dengan persetujuan kedua-dua kelab,“ katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata keadaan padang masih tidak boleh digunakan selepas tamat tempoh menunggu itu dan Komisioner Perlawanan telah memaklumkan kepada kedua-dua kelab mengenai keputusan untuk menangguhkan perlawanan berkenaan.

Rossi berkata pasukan tuan rumah telah mengetahui keadaan semasa padang itu kerana mereka telah dimaklumkan oleh Komisioner Perlawanan untuk menunggu seperti yang ditetapkan dalam peraturan pertandingan.

“Meskipun pemeriksaan padang telah dilakukan pada 6 petang, itu tidak bermakna padang dalam keadaan yang boleh digunakan kerana keputusan untuk meneruskan atau menangguhkan perlawanan dibuat dengan menilai berdasarkan keadaan terkini padang sebelum sepak mula, yang jelas terjejas teruk akibat hujan lebat,“ katanya.

Dalam pada itu, Rossi berkata badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu berpuas hati dengan usaha Perak FC menaik taraf Stadium Perak menerusi geran yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Terdahulu, Perak FC menerusi Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mendakwa pasukan itu tidak diberi peluang berbincang berhubung keputusan MFL menangguhkan perlawanan membabitkan The Bos Gaurus dan JDT.

Abdul Azim berkata keputusan itu dibuat tanpa sebarang perancangan rapi selain tiada notis awal dikeluarkan MFL bagi memaklumkan tentang hal berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings