the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata pelarasan gaji itu akan dilaksanakan pada 1 Dis ini untuk Fasa Pertama, dan 1 Jan 2025 bagi Fasa Kedua, dengan melibatkan peruntukan keseluruhan RM103.02 juta.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyelaraskan kadar gaji pekerja sambilan harian negeri kepada minimum RM1,725 sebulan, serta penambahbaikan faedah sedia ada bermula pada 1 Dis ini,” katanya.

Hajiji berkata pelarasan gaji untuk 2,116 pekerja sambilan harian itu akan melibatkan kos sebanyak RM46.09 juta.

“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi penyelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian ialah RM149.11 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata penyelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri.

“Ia juga membantu meringankan kos sara hidup harian yang semakin meningkat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 16 Ogos lepas bahawa SSPA akan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Dis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings