the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia rakam penghargaan kepada Turkiye bantu bebas, bawa pulang sembilan sukarelawan

SEPANG: Malaysia merakamkan penghargaan kepada Turkiye atas kerjasama erat dalam proses membebaskan dan membawa pulang sembilan aktivis Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) pada Rabu lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata hubungan rapat dan diplomasi antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan membolehkan semua sukarelawan dibebaskan pada 10 Oktober dan dibawa ke Istanbul.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan misi membawa pulang sembilan peserta FFC dan TMTG dari Istanbul ke tanah air tercinta,“ katanya dalam sidang media selepas menyambut ketibaan sembilan sukarelawan di sini hari ini.

Beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada negara-negara sahabat atas kerjasama diplomasi yang dihulurkan.

Proses membawa pulang sukarelawan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kebajikan warganegara selaras dengan nilai teras Ihsan dalam Kerangka Malaysia MADANI.

“Kejayaan ini adalah hasil penggemblengan usaha pelbagai pihak termasuk kementerian, jabatan dan agensi lain,“ katanya.

Beliau menyatakan pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) turut terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membawa pulang mereka dalam keadaan sihat dan selamat.

Zulkifli berkata kerajaan akan terus berusaha dengan penuh komited dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia dalam apa jua keadaan selaras dengan undang-undang tempatan mahupun antarabangsa.

Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi berkenaan selamat tiba di tanah air petang ini dengan menaiki pesawat Turkish Airlines TK60.

Pesawat berlepas dari Istanbul pada Ahad 1.40 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.01 petang.

Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Seorang lagi doktor perubatan Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings