the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

70 pelajar sekolah tunggang motosikal tanpa lesen di Melaka

ALOR GAJAH: Seramai 70 penunggang motosikal dalam kalangan pelajar di enam sekolah menengah di Melaka, didapati tidak mempunyai lesen memandu dalam pemeriksaan dijalankan sempena Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bermula Julai hingga hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata seramai 22 pelajar pula penunggang motosikal bawah umur, hasil pemeriksaan dilakukan ke atas 371 kenderaan sepanjang program itu berlangsung.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 67 motosikal yang diperiksa tidak mempamerkan pelekat ‘L’ atau ‘P’, lesen kenderaan motor dan insurans tamat tempoh (37 motosikal) dan tidak memakai topi keledar (14 orang).

“Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, pada tahun ini sahaja sebanyak 14 kemalangan termasuk empat kemalangan maut membabitkan pelajar sekolah.

“Justeru, Program Advokasi Kemalangan Jalan Raya melibatkan pelajar sekolah ini dianjurkan untuk memupuk budaya mematuhi peraturan jalan raya di usia muda, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan golongan itu menerusi kaedah pendidikan dan kesedaran awal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Program Advokasi Kemalangan Jalan Raya dan Pemeriksaan Motosikal di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin membabitkan pemeriksaan 126 motosikal.

Muhammad Firdaus berkata program itu disasar dilaksanakan di 15 sekolah menengah di sekitar Melaka dan setakat ini ia berjaya dilaksanakan di enam sekolah termasuk Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, SMK Telok Mas, SMK Hang Kasturi dan SMK St David.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas daripada pihak sekolah, program itu memberi kesan positif dalam kalangan pelajar terlibat sekali gus memupuk kesedaran mereka ketika berada jalan raya.

“Kita dimaklumkan kalau sebelum ini, terdapat pelajar yang tidak mempunyai lesen dan dinasihatkan pihak sekolah untuk mengambilnya namun tidak diambil berat, tetapi apabila program itu dilaksanakan di sekolah kesedaran pelajar tersebut meningkat untuk mengambil lesen.

“Tahun ini, program ini bermula agak lewat, namun saya percaya sasaran yang diletakkan untuk dilaksanakan di 15 sekolah di sekitar Melaka akan tercapai sekali gus memberi impak positif dalam kalangan pelajar, khususnya meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings