the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nota diplomatik bocor tiada kesahihan – Khaled Nordin

TANJONG MALIM: Dakwaan mengenai kebocoran nota diplomatik daripada Kementerian Luar China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, tiada kesahihannya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled.

Beliau bagaimanapun tidak dinafikan bahawa terdapat tuntutan bertindih antara kedua-dua negara.

“Surat bocor itu tak ada kesahihan, tapi memang kita tidak nafikan ada tuntutan bertindih,” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas menghadiri Majlis Executive Lecturer Menteri Pertahanan Bersama Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian juga sentiasa memantau isu berkaitan antara China dan Filipina di Laut China Selatan, serta tidak menolak kemungkinan perlu bersedia dalam apa jua keadaan.

Terdahulu Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan sedang menjalankan siasatan dalaman dan akan membuat laporan polis berhubung kebocoran nota diplomatik berkenaan.

Menurut kenyataan itu, nota berkenaan diterbitkan dalam satu artikel oleh portal media Filipina pada 29 Ogos.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings