the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KUSKOP lancar pembiayaan MPPK 2.0 untuk penjaja dan peniaga kecil

TENOM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini melancarkan Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0) dengan kadar keuntungan sifar peratus bagi penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata Bank Rakyat menyediakan sebanyak RM8 juta dana peruntukan untuk perlaksanaan program pembiayaan itu.

“Jumlah pembiayaan hingga RM10,000 ditawarkan bergantung kepada kelayakan, keupayaan bayaran ansuran dan keperluan perniagaan pelanggan berdasarkan penilaian Bank Rakyat.

“Dengan pembiayaan pada kadar keuntungan sifar peratus saya yakin ini akan memberikan kelegaan kepada usahawan mikro dalam menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan dan fokus kepada pembangunan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Santai Namun Sampai dan Pelancaran Logo Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang di sini hari ini.

Mengenai Projek Tamu Desa di Sabah dan Sarawak, program terbaru KUSKOP yang mula dilaksanakan tahun ini, Ewon berkata sebanyak 36 tapak Tamu Desa di Sabah termasuk dua di Tenom dan 13 di Sarawak sedang dalam pembinaan.

“Projek Tamu Desa yang sedang dilaksanakan ini melibatkan penaiktarafan dan bina baharu melibatkan kos sebanyak RM9 juta untuk Fasa 1 tahun 2024.

“Matlamat utama pelaksanaan projek Tamu Desa adalah untuk menyediakan atau menaik taraf ruang niaga atau pusat penjaja dengan infrastruktur yang lebih kondusif serta memberi akses pemasaran produk jualan lebih berkesan,” katanya.

Ewon berkata KUSKOP sedang menaik taraf dua tapak Tamu Desa iaitu di Melalap dan Pekan Tenom melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000 dan dijangka siap sepenuhnya awal Oktober ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings