the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat – Rexy

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) dijangka membuat rombakan barisan kejurulatihan pada 24 Sept ini, kata Pengarah Kejurulatihan ABM Rexy Mainaky.

Beliau berkata pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada tarikh itu bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.

“Setakat ini perbincangan untuk menambah atau merombak jurulatih akan diadakan pada 24 Sept ini dan melibatkan bahagian perlu sahaja. Sudah ada ‘calon’, tapi akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti,” katanya kepada pemberita di ABM di sini hari ini.

Mei lepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah mengiklankan jawatan bagi mencari jurulatih perseorangan lelaki baharu buat skuad senior kebangsaan.

Sementara itu Rexy berkata mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan keperluan mengecilkan jumlah pemain dalam skuad senior dan remaja kebangsaan.

Ini kerana beliau merasakan jumlah pemain dimiliki kedua-dua pasukan berkenaan agak tinggi berbanding keperluan sebenar iaitu sekitar 50 pemain bagi skuad senior dan remaja.

“Sekarang 70 (pemain remaja) manakala senior ada lebih 50 pemain. Jadi kita akan bincang dengan jurulatih semua berapa jumlah ideal dalam setiap pasukan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img