the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC akan pastikan harga 5G rangkaian kedua kekal – Gobind

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan harga 5G di bawah rangkaian kedua kekal pada kadar sedia ada, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata harga adalah antara aspek yang telah diambil kira semasa proses penilaian pelaksanaan rangkaian itu.

“MCMC prihatin mengenai persoalan ini dan kita telah mengambil langkah untuk memastikan (supaya) apabila rangkaian kedua diwujudkan, harga yang ditetapkan akan mengikut harga sedia ada. Perkara (itu) dalam perhatian MCMC dan proses (penetapan harga) masih berjalan,” katanya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan Cybersecurity Malaysia untuk meningkatkan keselamatan siber rangkaian 5G Malaysia.

Kerjasama itu melibatkan pembangunan panduan keselamatan 5G yang akan digunakan sebagai asas keperluan industri di samping berfungsi sebagai panduan untuk asas keselamatan 5G masa depan.

Gobind berkata rangkaian 5G merupakan antara sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara, yang memberi kesan kepada pertahanan, kestabilan ekonomi, fungsi kerajaan dan rutin sosial negara.

“Kemajuan digital semakin mendatangkan cabaran besar khususnya dalam bidang keselamatan siber, justeru perkara itu mesti dilihat sebagai tanggungjawab bersama,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata pada masa sama, DNB dan CSM juga akan menubuhkan Pusat Ujian Keselamatan Siber 5G Nasional yang akan berfungsi sebagai platform untuk peserta industri mengenal pasti kelemahan, memastikan pematuhan kepada piawaian dan mengenal pasti langkah keselamatan.

Beliau turut mengalu-alukan peserta industri berkaitan untuk menjalinkan kerjasama dalam mengukuhkan keselamatan siber negara.

Selain itu, Gobind berkata susulan gangguan teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini, syarikat terlibat sama ada Microsoft atau CrowdStrike perlu memberi jaminan bahawa satu audit akan dilaksanakan untuk memastikan sistem terjejas adalah selamat.

“Mereka perlu memastikan perkara sebegitu tidak berulang lagi. Sekiranya ada kelemahan, perkara itu perlu diuruskan segera.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pihak terlibat dan dalam proses mendapatkan laporan. Selepas dibentangkan kepada saya, satu sidang media akan diadakan,” katanya.

Gobind berkata beliau akan memberikan penjelasan mengenainya selain langkah yang akan diambil untuk memastikan perkara yang sama (gangguan IT) tidak berulang pada masa hadapan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img