the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh

SUNGKAI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keselamatan pelajar yang masih berada di Bangladesh menerusi kerjasama dengan Wisma Putra, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry berkata setakat ini pihaknya telah mendapat maklum balas daripada Wisma Putra bahawa kira-kira 40 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah antara sebahagian daripada rakyat Malaysia yang kekal berada di Bangladesh.

“Saya difahamkan bahawa (rakyat Malaysia) yang berada di sana (Bangladesh) sebahagiannya bekerja dalam sektor tertentu dan pelajar yang berasa mereka tidak terganggu dengan keadaan yang berlaku di sana, tetapi jumlahnya tidak ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Malim di sini hari ini.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas ekoran keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018 dan kesan daripada demonstrasi itu mengorbankan lebih 130 nyawa.

Susulan itu, sebanyak 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar telah dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas.

Zambry berkata baru-baru ini beliau telah mengarahkan kementeriannya agar melihat dari segi perancangan seterusnya bagi pelajar yang telah pulang ke Malaysia.

“Untuk peringkat awal, kita telah mengarahkan bantuan dari segi kaunseling dan saya juga telah meminta pihak kementerian berbincang dengan pelajar apa perancangan mereka seterusnya.

“Saya yakin sekiranya suasana di Bangladesh kembali tenang mereka boleh pulang semula dan kita akan minta Wisma Putra untuk bersama-sama KPT membantu dalam urusan penghantaran pulang nanti,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings