the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi cari mangsa kejadian tanah jerlus diteruskan di loji Pantai Dalam – DBKL

KUALA LUMPUR: Penggunaan alat push rod dan crawler camera di lurang satu hingga ke lurang yang terletak di di hadapan Wisma Yakin bagi mengesan wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, tidak membuahkan hasil.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kaedah itu dilaksanakan selepas kaedah ‘jetting’ pada saluran paip kumbahan dan lurang dilaksanakan sejak petang semalam hingga 6.30 pagi tadi.

“Kerja jetting bagi memecahkan debris berjaya mengeluarkan sebarang ‘halangan’, bagaimanapun pemeriksaan menggunakan push rod dan crawler camera di lurang satu ke lurang di hadapan Wisma Yakin bagi mengesan kebarangkalian lokasi mangsa terperangkap adalah negatif,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu pasukan operasi mencari diteruskan di kawasan end point di loji Pantai Dalam, manakala pencarian di kawasan Jalan Masjid India diperluaskan sehingga ke kawasan kaki lima jalan berkenaan.

Hari ini merupakan hari kelima misi mencari pelancong dari Kuppam, Andhra Pardesh yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang hilang selepas terjatuh kedalam lubang sedalam lapan meter yang terhasil akibat kejadian tanah jerlus.

Semalam Bernama melaporkan mesin jetter atau jet pembetung berkuasa tinggi kini digunakan bagi memecah sisa batuan yang terdapat di lurang di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini dalam usaha mencari Vijayaletcumy.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings