the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kedutaan AS sokong usaha Malaysia kurangkan pelepasan karbon industri penerbangan – Kaunselor Ekonomi

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyatakan sokongan terhadap hasrat dan usaha Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada industri penerbangan di negara ini dan di peringkat global.

Kaunselor Ekonomi Kedutaan AS di Malaysia Dave Williams berkata terdapat peluang yang besar untuk bertukar-tukar teknologi, menjalin kerjasama dan menjadikan industri penerbangan lebih selamat, hijau dan bersih.

“Pada masa ini, kami berada dalam fasa pengembangan (dalam penerbangan hijau) dan kami melihat Malaysia sebagai rakan kongsi serta bersama-sama kita dapat memacu kemajuan dalam penerbangan dan kesalinghubungan perdagangan,” katanya dalam ucaptama pada Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia (MASS 2024) hari ini.

Beliau turut menekankan kerjasama penerbangan antara kedua-dua negara merupakan elemen penting dan AS mempunyai perjanjian ‘langit terbuka’ dengan Malaysia.

“Kerjasama kita dalam sektor penerbangan amat penting dan sesuatu yang kami hargai. Ia amat penting kepada apa yang kita lakukan untuk mencapai matlamat bersama.

“Oleh itu, sebagai diplomat, tugas saya ialah mengeratkan hubungan negara kita dari segi ekonomi,” katanya.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk merombak, memperbaharu dan memperkasakan keselamatan udara di Malaysia.

Katanya kepercayaan terhadap keselamatan penerbangan adalah penting kepada Malaysia, ekonomi dan hubungannya dengan dunia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings