the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian seorang banduan reman melarikan diri dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini jabatan itu memaklumkan jabatan itu tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan pematuhan kepada prosedur semasa melaksanakan tugas.

“Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia meminta kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu yang mencurigakan untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 dan jabatan memohon maaf atas segala kesulitan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan pencarian dan hingga kini usaha mencari banduan itu sedang dipergiatkan serta diperluaskan ke kawasan lain.

Semalam, Bernama melaporkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang menerima rawatan di hospital berkenaan melarikan diri pada 3.56 petang.

Menurut laporan itu, polis menerima maklumat daripada pihak hospital yang memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings