the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu, anak berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Pasir Puteh

KOTA BHARU: Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross di Kilometer 10, Jalan Pasir Puteh-Machang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata dua yang maut itu merupakan seorang wanita berusia 36 tahun dan anaknya berusia tiga tahun, manakala anak saudaranya berusia 18 tahun mengalami kecederaan.

“Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva dipandu wanita tersebut dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan SUV Toyota Cross.

“Akibat pelanggaran itu mangsa maut di lokasi kejadian dan anaknya meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh manakala anak saudaranya yang cedera dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta tampil ke balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik di talian 019-9386224.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings