the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita warga emas tinggal sendirian ditemukan meninggal dunia

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik utama rumahnya di Jalan Pulau Semut, Solok Duku, Masjid Tanah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata kematian wanita berusia 69 tahun itu dimaklumkan oleh anak saudara lelakinya di Balai Polis Masjid Tanah kira-kira 8.45 pagi.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan ditemukan terbaring di atas lantai beralaskan bantal dan setengah badan ditutupi kain selimut selain turut ditemukan sebilah gunting.

“Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudiannya membuat siasatan lanjut dan turut menggunakan khidmat anjing pengesan Unit K9 untuk membuat pencarian di tempat kejadian,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga.

Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img