the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan gantung, batal lesen perniagaan GISBH ikut warta Muzakarah MKI – Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan memutuskan sama ada untuk menggantung atau membatalkan lesen perniagaan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang difahamkan berlangsung di Terengganu dalam masa terdekat.

“Sekarang masih dalam tempoh pendakwaan untuk kes-kes tertentu, jadi kita kena teliti dengan lebih lanjut dan pihak berkuasa tempatan pun akan ambil tindakan mengikut pewartaan oleh muzakarah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Awam Mahasiswa Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) Kebangsaan di sini hari ini.

Ditanya situasi semasa di Terengganu membabitkan GISBH, Ahmad Samsuri berkata keadaan masih terkawal dan hanya kesan minimum yang wujud.

“Walaupun belum tutup sepenuhnya tetapi kita dapat lihat sudah tiada orang pergi membeli atau menikmati makanan di premis-premis mereka. Kita biarkan di situ dulu hingga ada keputusan rasmi.

“Kami tiada maklumat bilangan pengikut atau premis GISBH di Terengganu. Kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia sebab dimaklumkan siasatan telah lama d

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings