the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

7,958 mangsa banjir berada di 37 PPS di Kedah setakat 9 pagi

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Seramai 7,958 mangsa banjir masih berada di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, setakat 9 pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka yang terdiri daripada 2,567 keluarga, melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

Daerah Kota Setar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,397 orang, diikuti Pendang (1,604), Kubang Pasu (619), Pokok Sena (219) dan Bandar Baharu (119).

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, dua sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi tadim yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Sungai Perak di Pasang Api dalam daerah Bagan Datuk berada pada tahap amaran dengan paras air setinggi 2.22 meter (m), manakala Kolam Air Bukit Merah di Kerian masih pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 9.01m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut di kesemua daerah di Perak pada petang ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img