the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu e-hailing hilang sejak minggu lepas ditemukan selamat

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi sejak 12 Julai lepas ditemukan selamat di Pandamaran, Klang dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah berkenaan pada 5.40 petang dan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Hasil temu bual awal pihak polis dapati lelaki berkenaan tidak maklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana dalam keadaan tertekan disebabkan menghadapi masalah kewangan dan pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mohd Azam dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kejadian Orang Hilang kira-kira 4.17 petang, Ahad lepas.

Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah pada 12 Julai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings