the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam rampas rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM8 juta di Sandakan

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam bernilai lebih RM8 juta termasuk duti dan cukai di sebuah stor di Sandakan, Rabu lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata serbuan pada 4.55 petang itu dilakukan pasukan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu selepas bertindak atas maklumat risikan.

“Pemeriksaan dalam stor menemukan 5.26 juta batang rokok pelbagai jenama bernilai RM526,228 manakala duti serta cukai terlibat dianggar bernilai RM7.52 juta.

“Tiga lelaki tempatan berusia 33 hingga 47 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Menara Kastam di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings