the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan tempoh hukuman penjara seorang bapa yang melakukan serangan seksual ke atas tiga anak perempuannya daripada 34 tahun kepada 26 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bagaimanapun mengekalkan hukuman 10 kali sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen ke atas lelaki berusia 45 tahun itu, yang juga bapa kepada enam anak.

Che Mohd Ruzima, yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Mohamed Zaini Mazlan, membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tertuduh untuk mengetepikan sabitan namun membenarkan rayuannya bagi mengurangkan hukuman.

Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.

Pada 2022, Mahkamah Sesyen mendapati perayu yang juga bekas pemandu itu bersalah atas lima pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak-anaknya yang berusia 12,10 dan 5 tahun di di sebuah rumah di Taman Kledang, Perak pada 4 Jun 2019, 4 Mei 2019 dan 7 Mei 2019.

Pada Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman sebelum ini.

Dia dihukum penjara 8 tahun dengan dua sebatan untuk setiap kesalahan membabitkan anaknya yang berusia 12 tahun dan 10 tahun manakala bagi kesalahan membabitkan anaknya yang berusia 5 tahun, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan .

Bagi kesalahan membabitkan anaknya yang berusia 12 tahun, hukuman penjara 8 tahun akan berjalan serentak.

Bagi kesalahan membabitkan anaknya yang berusia 10 tahun, Mahkamah Sesyen mengarahkan tertuduh menjalani hukuman selepas dia selesai menjalani hukuman sebelum itu membabitkan anaknya yang berusia 12 tahun.

Hukuman 10 tahun membabitkan serangan seksual ke atas anaknya yang berusia lima tahun pula bermula sebaik sahaja dia habis menjalani hukuman bagi dua kesalahan terdahulu.

Peguam Kathan Maruthamuthu dari Yayasan Bantuan Guaman Nasional mewakili tertuduh sementara Timbalan Pendakwaraya Atiqah Abdul Karim @ Husaini hadir bagi pihak pendakwaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings