the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laluan utama ke Stadium Sarawak ditutup Sabtu untuk perasmian SUKMA 2024

KUCHING: Beberapa laluan menuju ke Stadium Sarawak akan ditutup mulai 3 petang Sabtu ini bersempena dengan acara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah.

Beliau berkata penutupan itu melibatkan lapan laluan iaitu bulatan Sesco, bulatan Kesuma Resort, lorong masuk ke tempat letak kenderaan di hadapan Stadium Negeri, persimpangan Gelanggang Skuasy, jalan masuk menghala ke Pintu D dan Pintu A Stadium Sarawak serta laluan sebelum Kampung Stadium.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan dari arah bulatan Sesco kemudian membuat pusingan U di bulatan Casuarina kemudian melalui jalan tersebut masuk ke simpang Jalan Stadium.

“Kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus ke kawasan tempat letak kenderaan di tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan serta merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings