the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mekanik jatuh ski jet ditemukan lemas

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA TERENGGANU: Seorang mekanik yang dilaporkan hilang ketika menunggang ski jet di Sungai Terengganu berhampiran Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Abdullah A. Mubin, 44, ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 9.28 pagi, kira-kira 100 meter dari lokasi ski jet itu terbalik.

“Mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku. Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.25 pagi semalam.

“Setibanya di lokasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memulakan operasi pencarian terlebih dahulu sebelum bantuan daripada Polis Marin digerakkan,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa cuba berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri sebelum tenggelam.

Operasi pencarian yang melibatkan 87 pegawai dan anggota pelbagai agensi penyelamat termasuk orang awam selain dibantu dua anjing pengesan (K9) milik Polis Diraja Malaysia ditamatkan pada 10 pagi tadi.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Semalam, dilaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh selepas ski jet yang ditunggangnya hilang kawalan ketika menguji jentera terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img