the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Satu laporan polis dibuat berkaitan artikel pertukaran pegawai kanan Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan berhubung penerbitan artikel yang mendakwa akan berlaku pertukaran melibatkan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata laporan polis itu dibuat seorang pegawai dari Bukit Aman, petang tadi.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu berhubung penyebaran kenyataan tidak sahih di laman sosial.

Terdahulu, sebuah portal berita dalam laporannya mendakwa Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain antara nama yang bakal ditukarkan ke agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri.

PDRM kemudian menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertukaran melibatkan kepimpinan tertingginya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings