the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Filipina zahir penghargaan kepada Malaysia bantu capai keamanan – Mohamad

REMBAU: Kerajaan Filipina menzahirkan penghargaan kepada Malaysia kerana turut membantu dalam rundingan dengan penduduk di selatan negara itu untuk mencapai keamanan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu dinyatakan sendiri Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr ketika beliau mengadakan lawatan ke Filipina, 1 Julai lepas.

“Dua tiga kali dalam perbualan beliau dengan saya, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih pada Malaysia kerana kita bersusah payah menyatukan dan mengadakan rundingan sehingga tercapai apa yang mereka peroleh hari ini, terutama di Kepulauan Mindanao.

“Ini adalah hasil kerjasama dan bantuan Malaysia yang mengurus gencatan senjata, serta gesaan supaya semua pihak supaya berdamai, dan mereka (Kepulauan Mindanao) yang dahulunya mahukan autonomi negeri sendiri, akan mengadakan pilihan raya pada Mei tahun depan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau yang dihadiri lebih 100 ahli di sini hari ini.

Beliau berkata Presiden negara itu turut memohon Malaysia untuk melihat Kepulauan Mindanao sebagai suatu kawasan pertumbuhan ekonomi baharu, sekali gus yang akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

Mohamad mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Filipina pada 1 Julai lepas, sekali gus menandakan satu langkah penting dalam mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik berkenaan yang telah terjalin selama lebih enam dekad.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings