the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penubuhan MCBA bantu tingkat kedudukan dalam laporan mengenai pemerdagangan orang

KUALA LUMPUR: Penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) dijangka menjadi elemen penting dalam membantu negara meningkatkan kedudukan Malaysia ke Tahap 1 (Tier 1) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang, tahun depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana usaha mempertingkatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan menerusi penubuhan MCBA itu adalah antara tiga fokus utama yang direncana Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mencapai kedudukan berkenaan.

“Menuju ke arah hasrat untuk mencapai kedudukan Teir 1, KDN meningkatkan kerjasama antara agensi antaranya dengan Global Shepherds, Tenaganita Sdn. Bhd kerana tak semua kementerian dan agensi boleh buat dan di sini NGO (badan bukan kerajaan) boleh berperanan.

“Kita juga jalin kerjasama dekat dengan intitusi hak asasi seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan di peringkat antarabangsa melalui The Bali Process yang mengukuhkan lagi elemen kerjasama antara agensi yang menjadi ukuran penting untuk memposisikan negara ke kedudukan lebih baik.

“Bahkan menubuhkan MCBA yang diumumkan pada 1 Mei oleh Perdana Menteri juga mempunyai wattage yang signifikan dalam meletakkan target Malaysia jadi kenyataan,” katanya ketika menjelaskan mengenai laporan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin Nasution berkata dua lagi fokus utama ialah memperhebat usaha mengenal pasti dan melindungi semua mangsa pemerdagangan serta menambah baik proses pendakwaan.

Bagi tujuan itu, beliau berkata ketika ini sudah ada garis panduan nasional untuk indikator pemerdagangan orang dan beberapa siri pembangunan kapasiti kepada agensi penguatkuasaan supaya kedudukan Malaysia dilihat serius dalam menangani isu pemerdagangan orang.

“Kita juga nak tambah baik di mana kalau kita buka kertas siasatan, kita nak pastikan kualiti siasatan yang boleh berakhir dengan pertuduhan dan seterusnya sabitan,” katanya.

Pada Jun lepas, Malaysia dinaik taraf ke kedudukan Tahap 2 (Tier 2) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang 2024.

Susulan itu negara menetapkan tiga fokus utama bagi meningkatkan kedudukan negara ke Tahap 1 dalam laporan itu iaitu mempertingkatkan kerjasama antara agensi, memperhebat usaha mengenal pasti dan melindungi mangsa serta menambah baik proses pendakwaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings