the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba selamatkan kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.53 petang tadi.

“Sebuah jentera dari BBP Kuala Nerang telah dikerah ke lokasi dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersangkut di dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual.

“Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings