the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat wanita dikaitkan dengan ‘Hot Daddy’ didenda miliki video lucah

KUALA LUMPUR: Empat daripada enam wanita yang dikaitkan dengan video ‘Hot Daddy’ dalam aplikasi X masing-masing didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti milik mereka, semalam.

Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan menjatuhi hukuman itu selepas Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22, Amira Natasha Mohammad, 26, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22, dan Farah Adila Hanum Khairuddin, 36, mengaku bersalah.

Nurnabilah Ayuni serta Amira Natasha masing-masing didenda RM3,000 manakala Nur A’liaa didenda RM4,800 dan Farah Adila didenda RM2,500.

Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara antara sebulan hingga enam bulan jika gagal membayar denda dan kesemua tertuduh membayar denda itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pada 5 petang 30 Jan lepas mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mereka diwakili peguam Aisya Rahim, Nicholas Cheoh dan Ernie Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Dua lagi tertuduh iaitu Felecia Lisa Nandong, 21, dan Norfatihah Ramle, 30, yang berdepan pertuduhan sama, minta dibicarakan.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin membenarkan Felicia, yang diwakili peguam Zamier Abu Bakar, diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 12 Mac untuk sebutan kes manakala Majistret M.S.Arunjothy membenarkan Norfatihah, yang diwakili peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie, diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiezah Mohamed Fauzi, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, Zuhairi Osman, Sheryn Yong Shi Yee dan Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Pada 26 Jan lepas, lelaki yang digelar ‘Hot Daddy’ iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli serta dua rakan wanitanya Norshazrina Md Zamri dan Norhidayah Mahadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings