the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Senator AS minta pentadbiran Biden kembalikan pembiayaan UNRWA

TEHRAN: Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Sanders meminta pentadbiran Presiden Joe Biden (pix) mengembalikan pembiayaan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita Iran (IRNA) memetik laporan media.

Menurut laporan Al Jazeera pada Selasa malam, Senator itu berkata lebih sejuta penduduk di Gaza berisiko mengalami kebuluran dan Amerika Syarikat serta negara-negara lain sepatutnya tidak membiarkan mereka menderita kerana tindakan segelintir individu yang didakwa..

Sanders turut mengkritik dasar kerajaan AS terhadap ‘perang genosid’ Israel yang sedang berlaku di Gaza.

“Kita sama sekali tidak boleh mengabaikan krisis kemanusiaan yang sangat dahsyat yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza,“ kata senator itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings