the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MAQIS Kedah rampas lebih 27,000 kg ayam sejuk beku

ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 27,564 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Selasa lepas.

Pengarah MAQIS Kedah Hisham Abu Bakar berkata pemeriksaan terhadap 1,257 kotak seberat 15,084 kg keratan ayam sejuk beku itu, pada 12 tengah hari, mendapati pengisytiharan barangan itu tidak tepat dan mengelirukan.

Selain itu katanya sebanyak 1,040 kotak seberat 12,489 kg keratan ayam sejuk beku yang tidak memiliki sijil halal dan sijil kesihatan turut dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kesemua ayam dirampas dianggarkan bernilai RM275,640. Kes disiasat mengikut Seksyen 13 dan Seksyen 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya tindakan penguatkuasaan undang-undang menerusi operasi bersama agensi akan terus diperkasa bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings