the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 20,000 operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin dibuat dalam tempoh dua tahun

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,880 operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin dijalankan di seluruh negara dalam tempoh 1 Jan 2022 hingga 27 Feb lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata daripada jumlah serbuan itu, Jabatan Imigresen (JIM) menahan 58,508 pendatang tanpa izin dan 871 majikan kerana kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata lima negeri merekodkan keberadaan pendatang tanpa izin tertinggi iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Jumlah serbuan dan tangkapan ini ialah manifestasi kepada konsistensi kita untuk menangani perkara ini,” katanya menjawab soalan V. Ganabatirau (PH-Klang) mengenai hasil serbuan terhadap lubuk pendatang tanpa izin di kawasan pedalaman Klang kerana jumlahnya masih tinggi, pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Saifuddin Nasution, di Klang sahaja, 36 serbuan dilakukan sejak dua bulan ini dengan 2,054 pendatang tanpa izin dan lapan majikan ditahan.

Beliau berkata lapan lokasi panas dikenal pasti sebagai kawasan paling ramai pendatang tanpa izin di Klang antaranya Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman dan Kawasan Perindustrian Pulau Indah.

Menjawab soalan tambahan Ganabatirau sekiranya berlaku ketirisan dalam penguatkuasaan kerana warga asing dilihat masih ramai di sesebuah lokasi meskipun operasi telah dijalankan, Saifuddin Nasution berkata hal ini kerana 80 peratus warga asing ditahan mempunyai dokumen yang sah.

“Untuk rekod, pekerja asing yang sah berada di negara kita, yang memegang pas lawatan kerja sementara jumlahnya 2.1 juta, jadi bila kita buat serbuan, kita tangkap, pertama yang kita lakukan kita buat pemeriksaan.

“Keadaannya ada yang tiada dokumen, tinggal lebih masa atau salah guna pas, ada juga yang bila kita periksa dia ada dokumen yang sah, jadi rekod kita sekarang bagi setiap 100 tangkapan kita dapati yang tidak lengkap dokumen, tinggal lebih masa, salah guna pas adalah sekitar 20 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai pendatang tanpa izin yang berniaga di negara ini, Saifuddin Nasution berkata perkara itu perlu ditangani semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings