the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di kolam tadahan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah kolam tadahan banjir di Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata mangsa ditemukan oleh orang awam yang sedang memancing pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa dijumpai di tengah tasik atau kolam tadahan banjir oleh pemancing. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hidayati dalam hantaran di laman Facebook memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak lelakinya yang dipercayai hilang pada 4 petang tadi.

“Saya mohon bantuan. Anak saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar jam 4 tadi. Masih cari tak jumpa. Jika ada nampak mohon hubungi saya 013-405 9569 kerana anak saya autisme,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings