the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raptai istiadat keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah lancar

KUALA LUMPUR: Raptai istiadat keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandariah hari ini berjalan lancar.

Raptai istiadat yang berlangsung di Anjung Utama Istana Negara, Dataran Parlimen dan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Di Dataran Parlimen sesi raptai penuh dilaksanakan melibatkan acara penting istiadat seperti Kawalan Kehormatan Utama dan persembahan pasukan pancaragam oleh anggota ATM serta tembakan meriam.

Pada acara itu Seri Paduka dijadual menerima persembahan tabik “Hormat Diraja” serta acara menghadap dan bersalaman oleh anggota Kabinet dan tetamu kehormat.

Di Kompleks Bunga Raya, KLIA di Sepang pula keberangkatan balik Seri Paduka berdua diiringi perarakan bergajah selain persembahan kebudayaan yang sekali gus memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kegemilangan kerajaan Melayu.

Al-Sultan Abdullah akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini dan digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings