the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Filipina gesa kerjasama lebih kukuh ASEAN dalam rantaian bekalan makanan

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr gesa negara ASEAN tingkat kerjasama rantaian bekalan dan keterjaminan makanan di Sidang Kemuncak APT.

KUALA LUMPUR: Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. menggesa negara ASEAN meningkatkan kerjasama untuk memperkukuh rantaian bekalan dan keterjaminan makanan dengan saling membantu serta memanfaatkan rizab beras kecemasan dengan lebih berkesan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-28 di sini pada Isnin, Marcos berkata kerjasama rapat antara negara anggota dan rakan kongsi seperti China, Jepun dan Korea Selatan amat penting dalam membina rantaian bekalan yang berdaya tahan, memperkukuh program latihan dan memperluas pertukaran kepakaran.

Beliau turut memuji semangat kerjasama kukuh antara negara ASEAN, khususnya dalam menangani cabaran keterjaminan makanan.

“Ada antara kita yang menghadapi cabaran bekalan makanan mereka amat menghargai sokongan daripada negara anggota lain yang menyumbang kepada rizab beras kecemasan, yang membantu kami  ketika dilanda krisis ini. Usaha ini telah mengukuhkan lagi hubungan antara tiga negara rakan dan ASEAN,” katanya.

Mengenai Kod Tatakelakuan (COC) bagi Laut China Selatan, Marcos menegaskan semula komitmen teguh Filipina untuk terus memperjuangkan rangka kerja itu yang bertujuan memastikan keamanan, kestabilan dan kerjasama di rantau ini.

Beliau berkata Filipina sekian lama memperjuangkan inisiatif berkenaan dan selaku Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, negara itu akan terus menumpukan kepada usaha ini.                                          

APT terdiri daripada negara anggota ASEAN dan tiga negara rakan, iaitu China, Jepun dan Korea.

Sidang kemuncak APT kini menjadi satu daripada rangka kerja kerjasama paling komprehensif di rantau ini dan terus diperluas serta diperkukuh dalam pelbagai bidang termasuk politik keselamatan, perdagangan dan pelaburan, kewangan, tenaga, pelancongan, pertanian dan perhutanan, alam sekitar, pendidikan, kesihatan, kebudayaan serta kesenian.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings