the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam rampas 380kg dadah bernilai lebih RM12 juta di KLIA

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan satu cubaan mengedar dadah selepas merampas 380 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM12.54 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 Mac lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata dadah itu dikesan selepas anggota Cawangan Narkotik Kastam menyita satu palet mengandungi 40 kotak yang diikrar sebagai pemacu cakera keras, dalam pemeriksaan pada pukul 7.30 malam.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati 32 daripada kotak itu mengandungi bungkusan teh herba Cina yang diisi dengan bahan kristal jernih disyaki methamphetamine.

Berdasarkan siasatan awal barangan itu didapati dihantar dari Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Mac menggunakan laluan darat ke Kompleks Kargo Udara KLIA untuk dieksport ke Sydney, Australia menggunakan laluan udara.

“Tiada tangkapan dilakukan, kita syak dadah ini berasal dari luar negara iaitu segi tiga emas,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sazali berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan dengan rampasan itu, dianggarkan 1.9 juta individu dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings