the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 300 pasangan buat pengesahan dokumen nikah di Songkhla setiap bulan – Konsul Jeneral

YALA (Thailand): Kira-kira 250 hingga 300 pasangan dari Malaysia hadir membuat pengesahan dokumen pernikahan mereka di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia setiap bulan selepas berkahwin di Thailand.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata kebanyakan pasangan ini adalah mereka yang berkahwin sama ada di Narathiwat, Pattani, Yala, Satun atau Songkhla.

“Ada juga yang berkahwin di Bangkok tetapi hadir ke pejabat Konsulat Jeneral di sini untuk mendapatkan pengesahan yang hanya boleh dibuat oleh pihak Konsulat Jeneral Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Melayu Day kali ke-9, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Keadilan Thailand yang juga bekas Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan (SBPAC) Thawee Sodsong, Gabenor Yala Ampon Pongsuwan, Konsul Jeneral Indonesia Suargana Pringganu dan Datuk Bandar Yala Pongsak Yingchoncharoen.

Ahmad Fahmi berkata pengesahan dokumen pernikahan itu penting agar pasangan terbabit tidak terlibat dengan sindiket yang cuba melakukan penipuan.

Katanya dengan pengesahan yang diperoleh daripada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia pasangan terbabit boleh membuat pendaftaran perkahwinan mereka di Malaysia.

“Pendaftaran pernikahan ini penting terutamanya untuk masa depan anak-anak yang kemungkinan menjadi “anak tanpa negara”. Masalah juga biasanya timbul apabila anak-anak sudah meningkat dewasa.

“Apabila anak dewasa dan memerlukan wali untuk bernikah sudah pasti akan menimbulkan masalah apatah lagi sekiranya berlaku kematian yang melibatkan di segi pengurusan harta,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings